11 Aug 2012

Filem Pecah Punggung 2012

Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, dR Romzey production bakal menerbitkan sebuah lagi filem yang dijangka "box office" satu malaysia. Untuk kali ini beliau memilih jalan cerita yg berkonsepkan seram musikal romantik. 

Filem yang dijangka pecah panggung ini mendapat sentuhan oleh dua orang pengarah iaitu dR Romzey sendiri dan juga Raja Azmi. Menurut beliau, filem ini adalah sekuel kepada "Anu dalam botol" arahan Raja Azmi yang mana kurang mendapat sambutan suatu ketika dahulu. Mereka yakin filem ini mampu mensasarkan kutipan lebih RM80 juta pada hari pertama tayangan.



Filem yang menelan belanja hampir Rm 5 Juta dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal tanahair seperti Azlee Senario, Jaafar Onn, Wan Maimunah dan juga kemunculan istimewa Najwa latif bersama gitar.


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang jejaka tampan (Azlee Senario) yang ingin mencari duit lebih dengan membuka gerai menjual air tebu di bazar ramadhan. Di gerai itu, dia dibantu oleh abang dan kakaknya (Lakonan Jaafar Onn dan Wan Maimunah). Gerai mereka kurang mendapat sambutan ekoran tapak gerain itu bersebelahan dengan tempat pembuang sampah. Sungguhpun begitu, gerai mereka sangat meriah dengan telatah tiga adik beradik itu terutamanya Azlee. Boleh dikatakan tiap-tiap hari Azlee menghidangkan lawak yang tak kering gusi dengan kelakunya yang lain macam itu sehingga membuatkan semua pelanggan dan peniaga berasa senang hati dengannya. Hinggalah pada suatu hari, Azlee telah ditimpa bencana ketika sibuk menguruskan gerainya dan menyebabkan perniangaan mereka tergendala buat selamanya.

Nantikan kemunculannya! Sebuah filem seram musikal romantik! Di pawagam berhampiran! Aidilfitri nanti!

"Anu Dalam Mesin Tebu"

idea asal : Afif Kony