21 Nov 2012

Sampai bila? Sampai bila-bila

Sampai bila sahabat? 

Sampai bila? 


Sampai bila roda dajal ini akan berhenti berputar?!..

Aku harap akan ada sesuatu dapat menahan semua celaka ini!
Dan aku harap jgn kau terpedaya dengan kata kata bertanda seru ini! 
kerana ini adalah penipuan untuk hari esok!

11 Aug 2012

Filem Pecah Punggung 2012

Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, dR Romzey production bakal menerbitkan sebuah lagi filem yang dijangka "box office" satu malaysia. Untuk kali ini beliau memilih jalan cerita yg berkonsepkan seram musikal romantik. 

Filem yang dijangka pecah panggung ini mendapat sentuhan oleh dua orang pengarah iaitu dR Romzey sendiri dan juga Raja Azmi. Menurut beliau, filem ini adalah sekuel kepada "Anu dalam botol" arahan Raja Azmi yang mana kurang mendapat sambutan suatu ketika dahulu. Mereka yakin filem ini mampu mensasarkan kutipan lebih RM80 juta pada hari pertama tayangan.



Filem yang menelan belanja hampir Rm 5 Juta dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal tanahair seperti Azlee Senario, Jaafar Onn, Wan Maimunah dan juga kemunculan istimewa Najwa latif bersama gitar.


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan seorang jejaka tampan (Azlee Senario) yang ingin mencari duit lebih dengan membuka gerai menjual air tebu di bazar ramadhan. Di gerai itu, dia dibantu oleh abang dan kakaknya (Lakonan Jaafar Onn dan Wan Maimunah). Gerai mereka kurang mendapat sambutan ekoran tapak gerain itu bersebelahan dengan tempat pembuang sampah. Sungguhpun begitu, gerai mereka sangat meriah dengan telatah tiga adik beradik itu terutamanya Azlee. Boleh dikatakan tiap-tiap hari Azlee menghidangkan lawak yang tak kering gusi dengan kelakunya yang lain macam itu sehingga membuatkan semua pelanggan dan peniaga berasa senang hati dengannya. Hinggalah pada suatu hari, Azlee telah ditimpa bencana ketika sibuk menguruskan gerainya dan menyebabkan perniangaan mereka tergendala buat selamanya.

Nantikan kemunculannya! Sebuah filem seram musikal romantik! Di pawagam berhampiran! Aidilfitri nanti!

"Anu Dalam Mesin Tebu"

idea asal : Afif Kony

28 May 2012

Kemana hala tuju diri dan kemaluanmu?

Salam 1 lulz. Nampaknya setelah 3 bulan tak bukak, aku dah ada 4 followers. Ini merupakan perkembangan yang amat memberangsang. Jutaan terima kasih sebab ada keinginan nak follow. Jutaan terima kasih jugak saya tujukan kat kepala bos saya sebab menyediakan wifi yg laju yang mana boleh saya download 2 3 movie sekali harung. Mohon maaf kepada semua staf sebab line internet slow. Jangan ingat saya saja-saja bawak netbook letak bawah meja. Sekian dulu. Bye. Mohon share dan like entri ni.

17 Feb 2012

Auk auk bunyinya

Cuaca pada pagi itu agak panas terik. Panasnya sehingga menampakkan wap-wap udara merembes keluar dari permukaan jalan tar. Di tepi jalan itu, seekor anjing duduk leks ja tanpa menghiraukan rasa panas itu. Lidahnya terkelir-jelir sambil tersedu-sedan dan sekali-sekala air liurnya jatuh mentik ke bumi.. Tak ubah seperti perangai pelajar yang suka mengampu pensyarah untuk mendapatkan markah lebih.

Anjing itu hanya duduk di tepi jalan dan memerhati kenderaan yang lalu-lalang di kawasan itu. Sekali-sekala dia bangun berjalan dan kemudian kembali ke tempat duduknya tadi. Dari situ saya membuat andaian yang kemungkinan besar anjing itu tengah tunggu bas. Tapi andaian itu saya tolak keras-keras sebab mana mungkin anjing reti naik bas. Kalau naik pun dia nak ke mana? ke pasar? Pusat snuker? McD?

Matanya kelihatan sugul. Nampaknya seperti sedang dalam keresahan. Daripada informasi yang saya peroleh daripada seorang peniaga syabu di kawasan itu, anjing itu baru sahaja kehilangan ibu dan seorang adik kandungnya yang  dilanggar mati oleh seorang pemandu lori yang sedang mabuk biak. Sudah 3 hari dia merayau-rayau di kawasan itu di mana tempat yang sama ibu dan adiknya terkorban.

Kasihan Jerry. Wah! Nampaknya saya sudah mula menunjukkan sifat keprihatinan terhadap binatang dengan menamakan anjing itu sebagai Jerry. Jerry acapkali ditengking dan diherdik oleh mat-mat rempit yang lalu-lalang di kawasan itu. Adakalanya dia dibaling dengan batu dan juga sampah. Namun Jerry langsung tidak ambil hati dengan sikap segelintir masyarakat kita ini. Bagi Jerry, dia sangat rindukan ibu dan adiknya yang kini sudahpun menjadi humus. Segalanya terlakar jelas di segenap wajah tirus Jerry. Dia kini hilang punca, tiada tempat bergantung. Sabarlah Jerry, dah nasib kau.

Keesokan harinya saya nampak Jerry dah lumat di tengah jalan.

3 Dec 2011

Keji

Setelah selesai mandi dan bersugi . Hatinya terasa sangat nyaman. Tuala yang  tersangkut pada pintu tandas di tarik dengan keras sehingga hampir lekang di bahagian tepi pintu itu

Dia melangkah keluar dari pintu tandas itu dengan semangat yang sangat bersemangat..

Dia tersenyum sambil menghela nafas panjang seterusnya menggoyangkan kepala supaya air yang masih melekat pada rambut jatuh terjun berciciran ke atas lantai. Semuanya berlaku dalam keadaan slow-motion dan berlatarbelakangkankan lagu Maher Zain.

Sepuntung Surya yang masih galak mengeluarkan asap berada di atas sinki itu di capai erat lalu di letakkan di celahan bibir sambil menyedutnya dengan penuh nikmat. Asap berterbangan hingga memenuhi ruang dapur.
Dia menjadi semakin bersemangat.

” Aku mesti selesaikannya. Tak pernah aku buat kerja separuh jalan” bisik hati busuknya.

Setelah bersiap siap. Sedikit perfume yang agak busuk bau nya di sembur di seluruk pelusuk badan. Rambut di sisir rapi supaya semuanya dalam keadaan terkawal. Melalui cermin yang sedikit retak itu ternampak wajah jejaka tampan yang sememang nya sudah bersedia untuk beraksi.

Dia menganggguk sambil meniru mimik muka lelaki gersang. Setelah merasakan semuanya sudah lengkap dia pun tidur.