3 Dec 2011

Keji

Setelah selesai mandi dan bersugi . Hatinya terasa sangat nyaman. Tuala yang  tersangkut pada pintu tandas di tarik dengan keras sehingga hampir lekang di bahagian tepi pintu itu

Dia melangkah keluar dari pintu tandas itu dengan semangat yang sangat bersemangat..

Dia tersenyum sambil menghela nafas panjang seterusnya menggoyangkan kepala supaya air yang masih melekat pada rambut jatuh terjun berciciran ke atas lantai. Semuanya berlaku dalam keadaan slow-motion dan berlatarbelakangkankan lagu Maher Zain.

Sepuntung Surya yang masih galak mengeluarkan asap berada di atas sinki itu di capai erat lalu di letakkan di celahan bibir sambil menyedutnya dengan penuh nikmat. Asap berterbangan hingga memenuhi ruang dapur.
Dia menjadi semakin bersemangat.

” Aku mesti selesaikannya. Tak pernah aku buat kerja separuh jalan” bisik hati busuknya.

Setelah bersiap siap. Sedikit perfume yang agak busuk bau nya di sembur di seluruk pelusuk badan. Rambut di sisir rapi supaya semuanya dalam keadaan terkawal. Melalui cermin yang sedikit retak itu ternampak wajah jejaka tampan yang sememang nya sudah bersedia untuk beraksi.

Dia menganggguk sambil meniru mimik muka lelaki gersang. Setelah merasakan semuanya sudah lengkap dia pun tidur.

29 Nov 2011

2 Oct 2011

Marahkan kayu, batu di bakar.

penat
letih
pancit
mengah
lemau 

dengan permainan dunia

Hari hari aku cuba meyakinkan diri yang aku boleh tapi hakikatnya aku hanya menipu dengan hati aku sendiri. Sampai bila mampu berdiri.

Di saat semuanya sudah tak terbendung
segalanya akan musnah
hancur
tuli
dan pekak

dari saat itu mulalah timbul rasa penyesalan
padahal penyesalan tu sudah awal awal lagi di rancang bersama hati jahat
sama dengan aktiviti capmelan.

Sungguh penat macam celaka.
hidup dengan syaitan memang mencabar.
pandai betul.
jangan berjabat tangan dengan aku lagi!

faham?
faham dak??

bodoh


p/s kadang kadang buat terok itu perlu

3 Jul 2011

Seksa menunggu megi kembang lebih teruk daripada henfon kehabisan kredit

Alhamdulillah..
Akhirnya dapat juga penulis menyiapkan halaman ini. Mungkin atas desakan naluri membuatkan hati penulis terdetik untuk melancarkan sebuah lagi blog selari dengan trend masa kini. Dengan wujudnya medium ini, dapatlah kita bersama sama saling bertukar tukar pandangan sambil mengupas topik topik hangat serta isu semasa yang berlaku di sekeliling kita. Segala yang berlaku harus kita pandang serius dan mencari jalan dengan betul supaya pintu penyelesaian dapat di buka.

Heh!, jari tengah untuk bahasa baku di atas. Aku lebih suka merapu.

Sincerely:
-Maikel-